Photobucket

Khamis, 7 Januari 2010

Bab 5 - Kata Ganti Nama Tunjuk dan Tempat

Kata ganti nama tunjuk menunjukkan sesuatu seperti manusia, haiwan, benda dan tempat. Terdapat 2 kata ganti nama tunjuk iaitu :

Ini > menunjukkan sesuatu yang dekat
Ayat Contoh :
1. Ini sekolah saya.
2. Buah betik ini sedap rasanya.

Itu > menunjukkan sesuatu yang jauh
Ayat Contoh :
1. Itu buku latihan saya.
2. Anjing itu sangat garang.



_________________________________________________________


Kata ganti nama tempat digunakan untuk menggantikan nama tempat. Terdapat 3 kata ganti nama tempat iaitu :

sini > menunjukkan tempat yang dekat
Ayat Contoh : Saya tinggal di sini.

situ > menunjukkan tempat yang tidak begitu jauh
Ayat Contoh : Letakkan pasu ini di situ.

sana > menunjukkan tempat yang jauh dan terhalang daripada pandangan
Ayat Contoh : Jangan bermain di sana.


1 ulasan:

  1. Terima kasih atas bantuan beliau. Isi ini dapat saya buat kerja rumah dengan cepat. Terima kasih ya.

    BalasPadam