Photobucket

Isnin, 29 Mac 2010

Renungan BM 1

Banyak orang keliru dengan penggunaan perkataan “kerana”. Sebagai contoh, banyak yang bertanya tentang ayat yang bermula begini: ”Ini kerana ...” seperti dalam ayat ”Ini kerana ibunya sakit.” Bolehkah ayat seperti ini digunakan? Jikalau tidak boleh, mengapa, dan bagaimanakah penggunaan yang betul?



Sekali imbas binaan ayat yang berbentuk ”Ini kerana ...” jelas merupakan terjemahan literal bagi ayat dalam bahasa Inggeris yang berbunyi, ”This is because ...” Oleh itu, sebenarnya binaan ini bukan binaan bahasa Melayu sejati. Hanya dalam bahasa lisan, atau bahasa basahan, penggunaan bentuk ini digunakan dan memang hal ini kerap berlaku
Kerana” ialah kata hubung yang mencantumkan dua ayat. Misalnya ayat “Dia tidak datang kerana ibunya sakit.” Dalam ayat ini, “kerana” menghubungkan ayat induk (Dia tidak datang) dengan ayat kecil keterangan (ibunya sakit). Dalam ayat ini, “kerana” ialah kata hubung ke-terangan.


Ayat yang bermula dengan “Ini kerana ...”, seperti dalam ayat: “Ini kerana ibunya sakit”, adalah tidak tepat, disebabkan perkataan “kerana” tidak boleh berfungsi sebagai predikat kepada subjek “ini”. Maka binaan ayat ini patut diubah supaya “kerana” benar-benar berfungsi sebagai kata hubung. Contohnya: “Hal ini demikian kerana ibu-nya sakit”. Dalam ayat ini, ayat induk ialah “Hal ini demikian”, dan “kerana” yang mengikutinya kini berfungsi sebagai kata hubung.