Photobucket

Rabu, 27 Januari 2010

Bab 7 - Kata Kerja Transitif (peringkat rendah)

Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti diikuti dengan objek untuk menunjukkan sesuatu perbuatan.

Contoh :
 ~ Nenek menyapu lantai.
 ~ Fatimah membasuh pinggan.

Kata kerja transitif terbahagi kepada dua jenis :
 (a) kata kerja transitif aktif
 (b) kata kerja transitif pasif

Biasanya kata kerja transitif pasif berimbuhan awalan 'di'.

Contoh :

Kata Kerja Transitif Aktif ~ 1. Abang mencuci kasut.
                                                  2. Halim membaca buku.

Kata Kerja Transitif Pasif ~ 1. Kasut dicuci oleh abang.
                                                   2. Buku dibaca oleh Halim.

Khamis, 14 Januari 2010

Bab 6 - Kata Pelbagai Makna (peringkat atasan)

Kata banyak makna ialah perkataan yang mempunyai lebih daripada satu maksud dimana makna perkataan dapat dibesarkan dalam konteks ayat.

Contoh : sesak

Ayat Contoh :
~ Nafasnya menjadi sesak pada waktu malam.
~ Bas mini itu sesak dengan penumpang.


Khamis, 7 Januari 2010

Bab 5 - Kata Ganti Nama Tunjuk dan Tempat

Kata ganti nama tunjuk menunjukkan sesuatu seperti manusia, haiwan, benda dan tempat. Terdapat 2 kata ganti nama tunjuk iaitu :

Ini > menunjukkan sesuatu yang dekat
Ayat Contoh :
1. Ini sekolah saya.
2. Buah betik ini sedap rasanya.

Itu > menunjukkan sesuatu yang jauh
Ayat Contoh :
1. Itu buku latihan saya.
2. Anjing itu sangat garang.



_________________________________________________________


Kata ganti nama tempat digunakan untuk menggantikan nama tempat. Terdapat 3 kata ganti nama tempat iaitu :

sini > menunjukkan tempat yang dekat
Ayat Contoh : Saya tinggal di sini.

situ > menunjukkan tempat yang tidak begitu jauh
Ayat Contoh : Letakkan pasu ini di situ.

sana > menunjukkan tempat yang jauh dan terhalang daripada pandangan
Ayat Contoh : Jangan bermain di sana.