Photobucket

Rabu, 27 Januari 2010

Bab 7 - Kata Kerja Transitif (peringkat rendah)

Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti diikuti dengan objek untuk menunjukkan sesuatu perbuatan.

Contoh :
 ~ Nenek menyapu lantai.
 ~ Fatimah membasuh pinggan.

Kata kerja transitif terbahagi kepada dua jenis :
 (a) kata kerja transitif aktif
 (b) kata kerja transitif pasif

Biasanya kata kerja transitif pasif berimbuhan awalan 'di'.

Contoh :

Kata Kerja Transitif Aktif ~ 1. Abang mencuci kasut.
                                                  2. Halim membaca buku.

Kata Kerja Transitif Pasif ~ 1. Kasut dicuci oleh abang.
                                                   2. Buku dibaca oleh Halim.

Khamis, 14 Januari 2010

Bab 6 - Kata Pelbagai Makna (peringkat atasan)

Kata banyak makna ialah perkataan yang mempunyai lebih daripada satu maksud dimana makna perkataan dapat dibesarkan dalam konteks ayat.

Contoh : sesak

Ayat Contoh :
~ Nafasnya menjadi sesak pada waktu malam.
~ Bas mini itu sesak dengan penumpang.


Khamis, 7 Januari 2010

Bab 5 - Kata Ganti Nama Tunjuk dan Tempat

Kata ganti nama tunjuk menunjukkan sesuatu seperti manusia, haiwan, benda dan tempat. Terdapat 2 kata ganti nama tunjuk iaitu :

Ini > menunjukkan sesuatu yang dekat
Ayat Contoh :
1. Ini sekolah saya.
2. Buah betik ini sedap rasanya.

Itu > menunjukkan sesuatu yang jauh
Ayat Contoh :
1. Itu buku latihan saya.
2. Anjing itu sangat garang.



_________________________________________________________


Kata ganti nama tempat digunakan untuk menggantikan nama tempat. Terdapat 3 kata ganti nama tempat iaitu :

sini > menunjukkan tempat yang dekat
Ayat Contoh : Saya tinggal di sini.

situ > menunjukkan tempat yang tidak begitu jauh
Ayat Contoh : Letakkan pasu ini di situ.

sana > menunjukkan tempat yang jauh dan terhalang daripada pandangan
Ayat Contoh : Jangan bermain di sana.


Khamis, 10 Disember 2009

Bab 4 - Peribahasa (peringkat atasan)

Peribahasa ialah susunan kata-kata yang indah dan mempunyai maksud yang tersirat.

Contoh :
bagai isi dengan kuku
maksudnya ~ persahabatan yang sangat akrab

seperti anjing dengan kucing
maksudnya ~ selalu bertengkar

Ayat Contoh :
1. Mereka berkawan baik bagai isi dengan kuku.
2. Adik-beradik itu selalu bergaduh seperti anjing dengan kucing.

Bab 3 - Simpulan Bahasa (peringkat atasan)

Simpulan bahasa ialah peribahasa yang paling mudah dan ringkas.
Simpulan bahasa terbentuk daripada dua patah kata.

Contoh :
air muka , anak emas , anak angkat , berat tulang

Contoh Ayat :
1. Tulisan Fikri seperti cakar ayam.
2. Pekerja itu berat tulang.

Isnin, 7 Disember 2009

Bab 2 - Kata Ganti Nama Diri (peringkat rendah)

Kata ganti nama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama manusia.
Kata ganti nama diri terbahagi kepada 3 jenis, iaitu :

(a) Kata Ganti Nama Diri Pertama digunakan bagi orang yang bercakap.
     Contoh :
     saya , aku , beta , patik , kami , kita
     Ayat Contoh :
     1. Saya murid Darjah 2.
     2. Kita harus menghormati ibu bapa.



(b) Kata Ganti Nama Diri Kedua digunakan bagi orang yang dilawan bercakap.
     Contoh :
     awak , anda , engkau , kamu , tuan , puan , kalian
     Ayat Contoh :
     1. Siapakah nama awak ?
     2. Beg baru kamu sangat cantik.



(c) Kata Ganti Nama Diri Ketiga digunakan bagi orang yang diperkatakan.
     Contoh :
     dia , ia , beliau , mereka , nya
     Ayat Contoh :
     1. Dia sedang menggunakan komputer.
     2. Beliau ketua kampung saya.
     3. Payung itu kepunyaannya.

Rabu, 2 Disember 2009

Bab 1 - Kata Nama Am dan Khas (peringkat rendah)

Kata nama am digunakan untuk merujuk kepada nama orang, haiwan, tumbuh-tumbuhan, benda dan tempat secara umum.
Setiap kata nama am ditulis dengan huruf kecil, kecuali pada permulaan ayat.

Kata nama khas digunakan untuk menyebut nama orang, haiwan, benda dan tempat secara khusus.
Huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar.

Contoh :
Kata nama am
Orang  -  guru , abang , doktor
Haiwan  -  kucing , harimau , buaya
Benda  -  radio , kasut , kereta
Tempat  -  pejabat , sekolah , kampung


Kata nama khas
Orang  -  Cikgu Tan , Kamal , Doktor Azhar
Haiwan  -  Comel , Sang Kancil , Pak Belang
Benda  -  Sony , Bata , Fujitsu
Tempat  -  Choa Chu Kang , Taman Haiwan Mandai , Hospital Alexandra